Saturday, September 30, 2006


JTX 1000, JTX 900, JTX 800, JTX 600 dan JTX 5000

Ni JTX 600 untuk kancil dan kelisa..juga fully synthetic 10000km...with concentrated oil

Terima kasih. Ni gambar dia JTX 1000. Maklumat lain pun ada dalam blog ini. Selamat mencuba.

Wednesday, September 13, 2006

MINYAK PELINCIR HAI-O JTX

Pelincir memiliki fungsi utama sebagai pencegah suhu melampau dan menghindari kerosakan pada
permukaan bahan. Begitu juga penggunaannya pada enjin kenderaan, hal ini terjadi kerana di dalam enjin terdapat banyak pergeseran di antara bahagian mekanikal. Kegunaan menyeluruh pelincir pada enjin kenderaan ialah:
i)Mengurangi daya geseran dan kerosakan pada bahagian mekanikal bagi menghasilkan enjin yang cekap dan memanjangkan jangkahayat enjin.
ii)Mengurangi suhu enjin supaya enjin tidak mengalami suhu melampau
iii)Mengurangi kemungkinan berlakunya pengaratan dan kerosakan pada bahagian mekanikal enjin.
iv)Menyumbangkan penjimatan tenaga dan pembakaran yang bersih.

SAE adalah singkatan kepada Society of Automotive Engineers - Persatuan yang dianggotai oleh lebih 90,000 ahli terdiri dari jurutera, eksekutif perniagaan, pengajar dan pelajar dari lebih 97 negara diseluruh dunia - bagi berkongsi maklumat dan bertukar idea untuk memajukan kejuruteraan dan sistem mobiliti. Persatuan ini menentukan standard-standard dalam industri mobiliti termasuklah tahap kelikatan (viscosity) minyak pelincir kenderaan yang dikenali sebagai SAE Viscosity Standard, SAE J300.

Pada awalnya hanya dua gred minyak pelincir yang ada iatu gred “heavy” (pekat) untuk penggunaan di musim panas dan gred “light” (cair) untuk musim sejuk.Pada tahun 1926, hanya 6 gred yang terdapat dalam SAE J300 iaitu SAE 10, 20, 30, 40, 50 dan 60 yang diukur kelikatannya pada suhu 1300 F (54.40 C) dan 2100 F (98.90 C). Pengguna biasanya akan menggunakan minyak yang cair seperti SAE 10 pada musim sejuk dan ianya perlu tukar kepada minyak yang lebih pekat seperti SAE 40 sebelum musim panas. Seterusnya beberapa perkembangan telah dicipta termasuk penciptaan minyak pelincir “additive” yang sesuai untuk semua musim dan dikenali sebagai “multi-grade” seperti SAE 15W-50.

Teknologi terus berkembang maju bagi memastikan jangka hayat dan penyelenggaraan enjin bertambah baik serta dapat menjimatkan bahan bakar disebabkan geseran yang kurang. Minyak pelincir berupaya membentuk satu lapisan filem yang nipis diantara alat-alat mekanikal di dalam enjin. Pada minyak pelincir JTX ianya dikenali sebagai “tribo chemical film”. Kehadiraan filem nipis ini akan menghalang geseran antara alat-alat mekanikal ini ditahap yang amat sedikit. Sehubungan dengan itu, penggunaan minyak pelincir JTX akan dapat menjimatkan penggunaan petrol atau diesel antara 10-25% bergantung kepada keadaan kenderaan, gaya pemanduan, keadaan jalanraya dsb.

PDA adalah singkatan kepada Petroleum Development Act iatu Akta Pembangunan Petroleum 1974. Syarikat Hai-O adalah syarikat jualan langsung yang pertama sekali memiliki lesen pengedaran bahan-bahan petroleum dari Kerajaan Malaysia (sejak tahun 1998, PDA 11241)

API adalah singkatan kepada American Petroleum Institute - Badan menentukan kualiti minyak pelincir bagi kenderaan petrol dan diesel. Minyak pelincir yang mendapat persijilan API adalah memenuhi keperluan spesifikasi bagi industri minyak pelincir antarabangsa dan pengeluar kenderaan serta pengeluar enjin kenderaan antarabangsa. Lebih 500 syarikat diseluruh dunia menjadi ahli kepada badan ini bagi program persampelan dan pengujian minyak pelincir. Minyak pelincir JTX adalah diformulasikan di Amerika bagi memastikan kualiti yang tertinggi dan terkini serta memenuhi segala piawaian antarabangsa.

ILSAC adalah singkatan kepada International Standardization and Approval Committee - Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pengeluar kereta dari US dan Jepun bagi menentukan standard perlindungan enjin dan penggunaan minyak yang ekonomi. Hampir kesemua pengeluar kereta diseluruh dunia mengesyorkan minyak pelincir yang memenuhi kreteria API dan juga ILSAC.

S (Service) adalah ketegori minyak pelincir yang mendapat persijilan API untuk kenderaan petrol dan dikategorikan mengikut abjad seperti SG, SJ, SL dan seterusnya. Kategori SL adalah antara kategori yang terbaru (dilancarkan pada tahun 2004).

C (Commercial) adalah kategori minyak pelincir untuk kenderaan diesel, juga dikategorikan mengikut abjad. Kategori CI-4 adalah kategori yang terkini (dilancarkan pada tahun 2002) dan memenuhi keperluan pengeluaran asap (ekzos) tahun 2004. Sekiranya sesuatu jenama minyak pelincir mempunyai tanda SL/CI-4 sepertimana Minyak Pelincir JTX, ia adalah sesuai dan boleh digunakan untuk kenderaan petrol dan diesel.

ISO 9001 adalah singkatan kepada International Organization for Standardization, badan standard antarabangsa yang memberikan persijilan kualiti. ISO 9001 adalah merupakan persijilan kualiti dalam bidang sistem pengurusan bagi sesebuah organisasi atau entiti. Organisasi atau entiti ini mestilah memenuhi kriteria sistem pengurusan kualiti yang ditetapkan dan berkeupayaan mengeluarkan produk yang memenuhi kehendak pelanggan dan peraturan-peraturan perundangan secara berterusan dengan tujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Kilang pengeluar minyak pelincir JTX yang kini berada di Singapura adalah sebuah kilang yang mendapat pengiktirafan ISO 9001 ini. Kilang ini ditubuhkan di Singapura bagi tujuan pasaran di Asia Tenggara seperti Filipina, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Sunday, September 10, 2006

Punca minyak hitam berkurangan

Minyak hitam akan berkurang disebabkan oleh beberapa sebab yang kadangkala tidak diambil peduli oleh kebanyakan pengguna kereta.

Antaranya:

Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol. Ini disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran sudah haus atau mengalami regangan yang berlebihan menyebabkan wujud ruang di antara piston dan dinding silinder blok. Keadaan itu menyebabkan minyak hitam memasuki kebuk pembakaran dan terbakar bersama-sama petrol/diesel.

Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama-kelamaan minyak hitam di dalam enjin akan berkurangan. Keadaan ini sebenarnya perkara yang pasti akan berlaku kepada semua jenis enjin bersilinder. Tetapi jangkamasa yang ia pasti akan berlaku biasanya sehingga 10 tahun atau lebih.

Faktor yang mempercepatkan perkara ini berlaku adalah seperti penukaran sistem pengeluaran gas ekzos (penggunaan ekstraktor) kepada bukan standard, penggunaan minyak hitam yang tidak mematuhi specifikasi yang diberikan pengeluar, tidak menukar minyak hitam mengikut jangkamasa yang ditetapkan pengeluar, tidak menukar penapis minyak seperti yang disyorkan pengeluar, penggunaan minyak hitam yang tidak mencukupi, pemanduan yang terlalu agressive (selalu buat spin wheel) dan untuk enjin turbo; tidak memberi masa kepada suhu minyak hitam turun kepada normal operating temparature (tak pasang turbo timer).

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan cepat, tukar minyak hitam mengikut jadual bersama-sama penapis minyak yang disyorkan pengeluar. Sekiranya boleh, masukkan sedikit enjin treatment setiap 7 atau 8 kali menukar minyak hitam, pasang turbo timer (untuk enjin turbo), panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan, elakkan spin wheel atau pemanduan aggresive, gunakan kebuk pelepasan asap eksoz standard.

Jika keadaan ini sudah berlaku, apa yang boleh dibuat cuma menambahkan minyak hitam setiap kali berkurangan dan kalau keadaan tidak begitu serius mungkin dengan penambahan enjin treatment (yang mengandungi plumbum) dapat membantu menutup ruang antara piston dan dinding silinder. Jalan terakhir terpaksalah tukar piston ring baru atau kalau silinder dah 'makan', terpaksa tukar piston dengan ringnya sekali dan rebor silinder.


Sebab lain, jika kita dapati setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta kita, ini bermakna ada kebocoran di enjin kereta kita. Kita tidak akan dapat memastikan perkara itu dengan hanya menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat, pergi ke kedai mencuci enjin, cuci semua bahagian bawah enjin dengan menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian gunakan kereta seperti biasa.

Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita akan dapat lihat di mana kebocoran itu berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku. Pertama ialah di penyambung drive shaft. Kedua, di penyambung gear box dan ketiga, di oil sum gasket.

Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan keadaan satu di atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar clucth plate, timing belt, drive shaft atau peralatan yang lebih major. Keadaan ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai, enjin terlalu panas, ketika menukar peralatan yang berkaitan, oil seal tidak ditukar bersama (seperti timing belt, jika ditukar, eloklah ditukar sekali kesemua oil seal kerana jika bocor, minyak akan terkena belt dan bila-bila masa belt akan putus)


Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermakna terdapat kebocoran dalaman enjin yang menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk. Keadaan ini sangat kritikal dan memerlukan enjin di angkat dan ditukar gasket yang terbabit. Keadaan ini berlaku kerana enjin terlalu panas dan sistem penyejukan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.


Minyak hitam berkurangan juga boleh disebabkan minyak hitam menjadi berketul-ketul dan menjadi padat dan likat. Ini biasanya berlaku bila air bercampur dengan minyak atau penggunaan oil treatment yang tidak sesuai. Keadaan ini juga boleh berlaku jika kita tidak menukar minyak hitam mengikut jadual. Jika ini berlaku, minyak enjin perlu diganti dan enjin perlu di flush dengan menggunakan engine flush chemical (tidak digalakkan kerana akan merosakkan gasket dan oil seal).


Kadangkala minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak membabitkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin memandu pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi (macam enjin turbo).
Petua beli kereta terpakai

JIKA anda ingin membeli kereta terpakai, mungkin beberapa pertua di sini berguna bagi mengelakkan diri anda tertipu. Maklum saja dalam dunia sekarang, peniaga melakukan pelbagai tipu helah untuk meraih keuntungan. Oleh itu, berwaspadalah supaya anda tidak terbeli kereta terpakai yang pernah terbabit dalam kemalangan atau kereta potong.

Ketika anda membeli kereta, periksa beberapa perkara seperti berikut:

1. Luaran : cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan). Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).

2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung (kereta potong) yang semakin popular sekarang. Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.

3. Enjin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya. Kita boleh periksa keadaan enjin dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin).

4. Turunkan kereta buka bonet dan periksa enjin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena gramme atau piston ring sudah longgar. Pasangkan kembali dan cuba hidupkan kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tidak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam sudah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan. Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

5. Pemanduan : Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng.

6. Yang akhir, dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta. Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu "selamat" atau tidak.